Orang Fula
Orang Fula

Orang Fula

Orang Fula atau Fulɓe (Bahasa Fula: Fulɓe, 𞤊𞤵𞤤𞤩𞤫‎; Bahasa Perancis: Peul; Bahasa Inggeris: Fulani; Templat:Lang-ha; Portugis: Fula; Bahasa Wolof: Pël; Templat:Lang-bm) ialah suatu etnik bertaburan banyak luas di kawasan Sahel dan Barat benua Afrika. Bangsa ini menduduki tidak sahaja di Afrika Barat malah juga sejauh bahagian utara Afrika Tengah, Sudan dan Sudan Selatan serta kawasan pesisiran Laut Merah.Jumlah populasi berbeza-beza mengikut takrifan mengenai siapa yang boleh dianggap berbangsa Fula, antara 35[1][2] hingga 45 juta orang Fula dianggarkan ada di seluruh dunia.[23] Satu pertiga daripada bilangan ini – 12 ke 13 juta orang[24] – hidup sebagai penternak lembu berpindah randah antara yang terbesar di dunia;[25][26] namun ada juga yang hidup tetap sebagai petani, petukang, dan saudagar[27] berkongsi bahasa dan budaya yang sama.[28][29][30] 96% daripada penduduk Fula ini beragama Islam.[22]

Orang Fula

Benin 750,000[8]
Cameroon 2,344,000 orang[8]
Togo 111,000 orang[21]
Niger 2,046,330 orang[9]
Guinea 5,070,160 orang[5]
Sudan 211,000 orang[19][20]
Chad 352,580 orang[15][16]
Côte d'Ivoire 479,000 orang[14]
Sierra Leone 266,581 orang[18]
Guinea-Bissau 410,560 orang[12]
Republik Afrika Tengah 287,187 orang[17]
Mauritania 916,113 orang[11]
Burkina Faso 1,920,050 orang[10]
Senegal 3,182,300 orang[6]
Gambia 420,206 orang[13]
Mali 2,870,000 orang[7]
Nigeria 15,400,000 orang[3][4]